Divisyen panzer
Divisyen panzer

Divisyen panzer

Istilah divisyen panzer (Bahasa Jerman: Panzerdivision) seperti yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris hampir merujuk secara eksklusif kepada divisyen armor (kereta kebal) didalam tentera darat Wehrmacht dan Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Divisyen panzer merupakan elemen utama kejayaan Jerman dalam operasi Blitzkrieg pada permulaan perang. Kemudian Waffen-SS membentuk divisyen panzer, dan juga Luftwaffe meletakkan sebuah divisyen panzer, iaitu Divisyen Para Hermann Goring. Istilah Panzerdivision masih digunakan hari ini didalam Heer dari Bundeswehr (sebagai contoh 1. Panzerdivision). Ia tidak secara automatik dikaitkan dengan unit lama Wehrmacht dalam negara-negara yang bertutur bahasa Jerman.Sebuah divisyen panzer adalah formasi gabungan tempur, mempunyai kedua-dua kereta kebal (Bahasa Jerman Panzerkampfwagen, "kenderaan tempur berperisai", biasanya dipendekkan kepada "Panzer") dan infantri sebagai komponen organik, berserta dengan aset-aset biasa artileri, meriam anti-pesawat, semboyan, dll. Bagaimanapun, pecahan-pecahan komponen divisyen panzer berubah dari masa ke semasa.